Berita UtamaDunia

Kanak-kanak setahun maut akibat cuaca panas melampau di Syria

Keadaan teruk, 165 khemah pelarian kekurangan penebat haba

IDLIB, 11 Muharam 1445H, Sabtu – Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun meninggal dunia di kem pelarian di bandar Idlib, barat laut Syria selepas kesihatannya merosot akibat cuaca panas melampau.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, kanak-kanak itu dan keluarganya tinggal di dalam khemah di sebuah kem, di mana suhu mencecah sehingga 30-46 darjah Celsius.

“Rakan kongsi kami melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 165 khemah di kem itu kekurangan penebat haba yang sesuai untuk melindungi orang ramai daripada keadaan cuaca yang melampau.

“Keadaan hidup kekal teruk. Kira-kira 800,000 orang masih tinggal di dalam khemah hari ini, selalunya dalam keadaan sesak,” katanya.

Menurut PBB, sekurang-kurangnya 1.9 juta orang pelarian tinggal di kira-kira 1,430 kem atau tapak penempatan sendiri di barat laut Syria, di mana majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button