Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KL Summit rakam takziah atas pemergian Dr Soberi Awang

BANGI, 13 Muharam 1445H, Isnin – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Dr Mohd Soberi Awang yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pagi Ahad.

Allahyarham yang juga Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi semalam ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

Setiausaha Agung KL Summit, Dr Abdel Razak Makri berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“Kita mendoakan kepada Allah supaya mengurniakan limpahan rahmat ke atas Allahyarham dan memasukkannya ke dalam Syurga bersama para Nabi, Syuhada dan orang soleh.

“Semoga keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali,” katanya dalam satu kenyataan.

KL Summmit ini adalah platform antarabangsa untuk pemimpin, intelektual dan cedekiawan Muslim dari seluruh dunia berbincang mengenai isi-isu yang timbul di dunia Islam.

Ia merupakan hasil idea mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Lebih daripada 80 pemikir telah berjaya dikumpulkan dari lebih 14 buah negara Islam, diadakan buat pertama kalinya pada November 2014.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button