Berita Utama

TH tak terlibat aktiviti pelaburan saham patuh syariah tular

Logo dalam iklan diguna tanpa kebenaran Tabung Haji

BANGI, 14 Muharam 1445H, Selasa – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai berwaspada dan tidak mempercayai iklan pelaburan patuh syariah yang dikaitkan dengan institusi itu.

TH dalam kenyataan di Facebook menegaskan tidak terlibat dan tiada kaitan dengan aktiviti pelaburan seperti yang ditularkan di dalam iklan terbabit.

Katanya, logo yang digunakan di dalam iklan juga adalah tanpa kebenaran TH.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

“Hubungi TH di talian 03-62071919 jika mempunyai kemusykilan. Kalau curiga, jangan percaya,” katanya.

Terdahulu, satu iklan pelaburan saham patuh syariah yang menggunapakai logo TH, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) tular di media sosial.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button