Berita UtamaDunia

Turkiye bina pusat perkhidmatan baik pulih dron untuk kegunaan Ukraine

Pembuatan dron meningkat mendadak, lebih 10,000 pengendali dron dilatih

ISTANBUL, 14 Muharam 1445H, Selasa – Menteri Pertahanan Ukraine menandatangani perjanjian dengan syarikat Turkiye, Baykar Makina membina pusat perkhidmatan bagi membaik pulih dan pengurusan dron di Ukraine.

Menurut Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Kostiantyn Vashchenko, Ukraine kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dron domestik dan membina ‘dron tentera’ dalam memerangi tentera Russia yang menceroboh negara itu sejak Februari tahun lalu.

“Pembinaan pusat perkhidmatan akan menjadi sumbangan besar untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan Ukraine dan akan membantu membawa kemenangan kita lebih dekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Mykhailo Fedorov berkata, pembuatan dron Ukraine kini telah meningkatkan pengeluaran secara mendadak.

“Lebih 10,000 pengendali dron telah dilatih dengan 10,000 lagi dalam latihan, katanya.

Kedua-dua pasukan Ukraine dan Russia telah menggunakan pelbagai jenis Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV), yang dikenali sebagai dron, untuk tujuan peninjauan dan serangan semasa perang.

Bulan lalu, media Ukraine memetik Menteri Industri Strategik Ukraine, Oleksandr Kamyshin, kilang tersebut, Baykar Makina telah mengeluarkan dron Bayraktar di Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button