Hamas rakam takziah, sifatkan Allahyarham Dr Soberi tokoh Islam hebat
'Pemergiannya satu kehilangan besar pada semua orang'

BANGI, 15 Muharam 1445H, Rabu – Ketua Biro Politik, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang pada Ahad.
Menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan pejabat Haneyya, pemimpin Hamas itu bercakap melalui telefon dengan isteri Dr Mohd Soberi, yang juga penyokong tegar rakyat Palestin serta menyatakan ucapan takziah atas kehilangannya.
Haneyya turut mengimbas kembali sumbangan besar Dr Mohd Soberi kepada rakyat Palestin dan tujuan negara mereka.
Pemimpin Hamas itu menyifatkan Dr Mohd Soberi sebagai ‘tokoh Islam yang hebat’ dan pemergiannya sebagai ‘kehilangan yang mendukacitakan bagi semua orang’.
Terdahulu, Dr Mohd Soberi dilaporkan rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Polis mengesahkan kematian Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu sebagai kematian mengejut.