Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

UMNO makin tenat, ramai ahli hilang keyakinan pada pemimpin

Terlalu banyak penipuan, jangka ada cawangan UMNO akan ditutup

BANGI, 15 Muharam 1445H, Rabu – UMNO yang dahulu parti terbesar kini dilihat semakin tenat menyebabkan ramai pemimpin dan ahli akan keluar daripada parti.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa perkara itu berlaku berikutan pengikut hilang keyakinan terhadap pemimpin parti itu.

“Gelombang krisis keyakinan kepada UMNO sudah tiada kerana segelintir pemimpin parti melakukan banyak kesilapan dan kesalahan.

“Terlalu banyak penipuan dan pembohongan sehingga menyebabkan ahli UMNO hilang keyakinan. UMNO menghadapi krisis yang sangat tenat,” katanya.

Mengulas lanjut beliau yang juga bekas Ketua UMNO bahagian Ketereh itu berkata, terdapat cawangan UMNO yang akan ditutup dalam masa terdekat.

“Insya-Allah hari Jumaat ini tuan-tuan, ambo (saya) akan umumkan pemimpin bahagian (Ketereh) dan lain-lain termasuk cawangan UMNO akan dibubarkan.

“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas EXCO yang akan keluar daripada UMNO.

“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button