Berita Utama

Pakistan mahu ambil tindakan ke atas Afghanistan

Dakwa Taliban tak kawal aktiviti keganasan berterusan

ISLAMABAD, 16 Muharam 1445H, Khamis – Pakistan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas negara jirannya, Afghanistan jika tidak mengawal aktiviti keganasan yang berterusan menggangu negaranya.

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari berkata, pihaknya akan bertindak mengikut undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan diri demi keselamatan negara.

Bilawel bagaimanapun berharap Taliban mengambil tindakan bersesuaian menentang kumpulan pengganas yang berterusan mengancam Pakistan.

Amaran berkenaan dibuat susulan beberapa siri serangan pengganas yang menyerang Pakistan sejak kebelakangan ini dengan yang terbaharu berlaku di daerah Bajaur, wilayah Pakhtunkhwa.

Terbaharu, Taliban mendakwa bertanggungjawab siri keganasan yang menyebabkan 54 terkorban termasuk 23 kanak-kanak selain menyebabkan lebih 200 yang lain cedera.

Serangan berkenaan menyasarkan perhimpunan pilihan raya yang berlangsung di sempadan Pakistan.

Penyerang pengebom berani mati daripada ISIL itu difahamkan meletupkan bahan letupan yang diletakkan dalam sehelai jaket di tempat tumpuan ramai di bandar Khar.

Pakistan bagaimanapun percaya kumpulan pengganas itu beroperasi di Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button