Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Serangan bersenjata di pejabat konsulat Sweden di Turkiye

Mungkinkah berkait dengan tragedi bakar al-Quran?

IZMIR, 16 Muharam 1445H, Khamis – Seorang pekerja wanita cedera parah selepas terbabit dalam serangan bersenjata di pejabat konsulat Sweden di wilayah barat Turkiye.

Pejabat gabenor tempatan memaklumkan, serangan berkenaan dipercayai dilakukan seorang individu tidak siuman dengan mengunakan senjata.

Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di bahagian diplomatik kini dalam keadaan krtikal.

Kementerian Luar Sweden di Stockholm mengesahkan serangan itu berlaku.

Pihakya berhubung rapat dengan konsulat di Istanbul bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai kejadian yang berlaku di pejabat di wilayah Izmir.

Bulan lalu, ketegangan telah memuncak antara Sweden dan negara-negara Islam berikutan beberapa protes membakar al-Quran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button