Dunia

Taufan Khanun badai Taiwan, sekolah dan pasar ditutup

30 penerbangan dibatalkan, perkhidmatan feri digantung

TAIPEI, 16 Muharram 1445H, Khamis – Taiwan akan menutup operasi pasar dan menangguhkan sesi persekolahan di bahagian utara pulau itu, termasuk di Taipei pada Khamis susulan Taufan Khanun yang dijangka melepasi amaran banjir serta angin kencang.

Taufan Khanun – yang dikategorikan biro cuaca Taiwan di tahap kedua terkuat – perlahan-lahan menuju ke arah pantai timur lautnya dengan kelajuan angin maksimum 209 kilometer sejam.

Ribut itu membadai destinasi pelancongan popular di Jepun, Okinawa menyebabkan bekalan elektrik lebih 200,000 isi rumah pada pagi Rabu terputus dan mengakibatkan satu nyawa terkorban.

Bandar utara termasuk New Taipei, Keelung, Yilan dan ibu negara akan menutup perniagaan serta sekolah pada Khamis.

Pasaran saham dan pertukaran mata wang asing Taiwan juga akan ditutup.

Jumlah hujan sehingga 0.6m diramalkan di tengah pergunungan Taiwan, manakala 0.3m hujan dijangka di pergunungan berhampiran Taipei.

Taufan Khanun sedang bergerak merentasi lautan dari arah barat dan dijangka melepasi pantai utara Taiwan lewat hari ini, sebelum dijangka membuat pusingan ke timur laut pada Jumaat.

Hampir 30 penerbangan domestik dan antarabangsa telah dibatalkan, selain perkhidmatan feri juga digantung pada Khamis.

Menurut kementerian pertahanan, pusat tindak balas kecemasan telah ditubuhkan kerajaan Pusat dan ratusan anggota tentera dikerahkan bersiap sedia di bandar-bandar utara.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button