Berita Utama

Penutupan Jalan Sungai Besi ditangguhkan: DBKL

Pengguna jalan raya boleh melalui laluan seperti biasa

BANGI, 17 Muharam 1445H, Jumaat – Penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, penutupan jalan berkenaan yang ditutup selama setahun dibatalkan.

“Dimaklumkan bahawa DBKL menangguhkan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew sehingga diberitahu kelak.

“Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan berkenaan yang dijadualkan bermula 5 Ogos 2023 sehingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan.

“Pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan itu seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, DBKL memaklumkan, jalan berkenaan sepatutnya ditutup bermula Sabtu sehingga 4 Ogos 2024 bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button