Berita Utama

Dakwaan Sanusi terancam provokasi jahat terhadap lawan politik

Naratif dikembangkan PAS konon ada perancangan jahat pada MB Kedah

BANGI, 20 Muharram 1445H, Isnin – Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa naratif yang sedang dikembangkan PAS kononnya keselamatan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terancam dan ada perancangan jahat terhadap Menteri Besar Kedah itu adalah provokasi berniat jahat.

“Ini adalah provokasi dalam saingan politik sihat untuk menarik simpati rakyat malah mencipta kebencian terhadap lawan politik.

“Ada pun dalam pilihan raya kita bersaing tanpa memerlukan provokasi melibatkan keselamatan seseorang.

“Jika benar berlaku saya sendiri akan tampil mempertahankan seseorang daripada kezaliman. Tetapi rakyat semakin celik tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi didakwa telah dinasihatkan untuk tidak hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di padang awam Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri ceramah berkenaan.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mendakwa, Muhammad Sanusi dinasihatkan tidak berada di pentas ceramah berikutan faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Khairuddin yang Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO mengingatkan, pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi berlaku membabitkan kesalahan menghina Sultan Selangor.

“Perbicaraan telah ditetapkan lambat lagi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Isu kecurian Nadir Bumi perlu diambil tindakan menurut lunas undang-undang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button