Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Rakyat Palestin terus dibunuh dalam serangan hendap

Tentera Israel dakwa sasaran timbul ancaman

JENIN, 20 Muharram 1445H, Isnin – Tentera penjajah Israel membunuh tiga rakyat Palestin dalam satu serangan hendap selepas melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka berhampiran bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Pembunuhan disasarkan yang jelas itu berlaku di jalan berhampiran bandar Arraba, barat daya Jenin.

Menurut laporan media Palestin, selepas melepaskan puluhan peluru ke arah kenderaan itu dan membunuh tiga lelaki di dalamnya, tentera Israel menghalang pegawai perubatan daripada mendekati mereka.

Kematian ketiga-tiga mereka telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Kenyataan rasmi daripada kumpulan Jihad Islam – sebuah puak Palestin – mendakwa seorang daripada yang maut sebagai anggotanya dan berkata, seorang lagi ialah remaja berusia 15 tahun.

Pakar perubatan Palestin berkata, mayat itu ditahan oleh tentera Israel.

Tentera Israel berkata, dalam operasi bersama Shin Bet – agensi perisikan dalaman Israel – pihaknya membunuh tiga rakyat Palestin yang didakwa kononnya sebahagian daripada ‘sel’ yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang Israel.

Kenyataan itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jenis ancaman yang didakwa daripada tiga lelaki itu.

Tentera Israel membuat kenyataan yang sama apabila melakukan pembunuhan atau pembunuhan yang disasarkan, mendakwa sasaran itu menimbulkan ancaman.

Sementara itu, gerakan Palestin Jihad Islam dalam satu kenyataan menegaskan ‘pembunuhan’ sebagai ‘jenayah sepenuhnya’.

Pergerakan perjuangan Islam Palestin (Hamas) pula berkata, rakyat Palestin akan memastikan bahawa ‘pendudukan akan menerima akibatnya’.

Pembunuhan itu berlaku hampir sebulan selepas tentera rejim Zionis melakukan serbuan besar selama dua hari di Jenin, yang mana mereka membunuh 12 rakyat Palestin dan meninggalkan kemusnahan yang meluas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button