Berita Utama

Nik Abduh ‘buka puasa’

Akui sukar puasa politik, rasa kelat mulut

BANGI, 21 Muharam 1445H, Selasa – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini memaklumkan sudah ‘berbuka puasa’ selepas seminggu mengumumkan berehat daripada arena politik tanah air.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, bekas Ahli Parlimen Bachok itu mengakui sukar menjalani ‘puasa’ politik.

“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut (pahit mulut),” katanya.

Terdahulu, selepas terpalit dengan isu tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chemapaka, Nik Mohamad Abduh memaklumkan mahu berehat daripada politik untuk satu tempoh.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ia adalah tempoh paling sukar buat dirinya serta ibu, Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button