Berita Utama

VIDEO | ISMA nafi terlibat program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah

Penyalahgunaan nama ISMA oleh mana-mana pihak tak bertanggungjawab dipandang serius

BANGI, 21 Muharam 1445H, Selasa – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menafikan terlibat program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah yang diadakan di Grand Alora Hotel, Alor Setar pada 25 Julai 2023.

Dalam kenyataan hari ini, Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr Abdullah Tahir Abdul Rahim menegaskan ISMA tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan perhimpunan tersebut.

“ISMA ingin menafikan kenyataan yang tular melalui sebuah video ucapan oleh Datuk Hadzir Md Zain di dalam sebuah majlis perhimpunan NGO-NGO Kedah yang bertempat di Grand Alora Hotel bertarikh 25 Julai 2023.

“ISMA memandang serius atas sebarang penyalahgunaan nama ISMA oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Terdahulu, dalam sebuah video tular di media sosial, Hadzir dilihat menyebut satu persatu nama-nama NGO yang terlibat dalam program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA).

Hadzir yang merupakan Pengerusi SUARA mendakwa, sebanyak 50 NGO hadir ke program dan beliau turut menyebut ISMA sebagai antara salah satu pihak yang terlibat.

Menafikan penglibatan itu, Dr Abdullah Tahir berkata, ISMA menyelar tindakan pihak berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beretika dan tidak telus.

“Oleh itu, ISMA menyeru dan memohon kepada semua pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di masa akan datang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button