Berita Utama

PRK Pulai: Gerakan sedia beri kerusi kepada Bersatu atau PAS

Keutamaan adalah untuk tambah kerusi dan boleh menang

BANGI, 22 Muharam 1445H, Rabu – Gerakan Johor bersedia memberi laluan kepada Bersatu atau PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, bulan depan.

Naib Pengerusinya, Datuk Tan Chin Hock berkata, buat masa ini keutamaan adalah untuk menambah kerusi di Parlimen dan boleh membawa kemenangan kepada parti.

Bagaimanapun setakat ini, calon yang akan bertanding sama ada daripada Bersatu atau PAS belum dimuktamadkan bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Tiada masalah laluan diberikan kepada parti lain bertanding pada PRK Pulai, jika itu diminta pucuk pimpinan.

“Cuma, calon ‘winnable candidate’ perlu diletakkan bertanding di Pulai,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Gerakan hanya diberikan dua kerusi iaitu di Parlimen Kulai dan Pulai.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan diadakan 9 September ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Pada PRU15, Salahuddin menang dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Barisan Nasional) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong meraih 20,677 undi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button