Berita UtamaDunia

Kumpulan biadab Denmark bakar lagi al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye, Indonesia

Tak peduli kecaman, serangan terhadap agama Islam ditingkatkan

COPENHAGEN, 23 Muharam 1445H, Khamis – Kumpulan anti-Islam dan ultranasionalis Denmark nampaknya tidak mempedulikan kecaman antarabangsa terhadapnya malah meningkatkan serangan ke atas al-Quran.

Kali ini, ahli kumpulan yang dipanggil ‘Danske Patrioter’ (Patriot Denmark), membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye, Pakistan, Algeria, Indonesia dan Iran di Copenhagen.

Provokasi pada Rabu – yang mana slogan anti-Islam dilaungkan – dilaporkan berlaku di bawah pengawasan polis.

Bagaimanapun, video yang dikongsi oleh kumpulan itu di Facebook telahpun disekat.

Sejak kebelakangan ini, sering disaksikan perbuatan membakar al-Quran, mencemarkan atau cubaan untuk berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik.

Tindakan biadab itu sekali gus mencetuskan kemarahan negara Islam dan dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button