Berita UtamaDunia

Lebih 40 peratus rakyat Sudan diancam kelaparan

Jumlah meningkat dua kali ganda sejak Mei lalu

GENEVA, 23 Muharam 1445H, Khamis – Lebih 40 peratus penduduk Sudan diancam kelaparan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

“WHO kekal prihatin dengan keadaan kemanusiaan yang semakin buruk di Sudan, yang kini memasuki bulan keempat konfliknya,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar di Geneva.

Beliau berkata, jumlah penduduk yang menghadapi krisis kelaparan meningkat dua kali ganda sejak Mei tahun lalu.

Beliau menegaskan bahawa akses terhad kepada bekalan perubatan, elektrik dan air kekal sebagai cabaran di negara yang dilanda konflik itu.

Menurut pegawai perubatan tempatan, Sudan dilanda pertempuran antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak April, dalam konflik yang mengorbankan lebih 3,000 orang awam dan mencederakan ribuan lagi

Data terkini daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menunjukkan, lebih empat juta orang kehilangan tempat tinggal sejak konflik bermula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button