Berita UtamaDunia
Mahmoud Abbas pecat 12 gabenor di Tebing Barat, Semenanjung Gaza
Arah tubuh jawatankuasa untuk pilih calon gabenor baharu

BAITULMAQDIS, 24 Muharam 1445H, Jumaat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri untuk memecat 12 gabenor di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
“Di Semenanjung Gaza, Gabenor Gaza Utara, Gaza, Khan Yunis dan Rafah telah dihantar bersara mengikut dekri presiden,” kata agensi berita rasmi WAFA.
Di Tebing Barat, beliau mengarahkan penyingkiran Gabenor Jenin, Nablus, Qalqilya, Tulkarem, Betlehem, Hebron, Tubas dan Yerikho.
Abbas juga mengeluarkan dekri presiden untuk menubuhkan jawatankuasa yang berhak memilih calon bagi jawatan gabenor dan cadangan nama kepada presiden untuk membuat keputusan, menurut WAFA. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.