Berita Utama

Amirudin pertahan DUN Sungai Tua

Kekal untuk empat penggal berturut-turut sejak 2008

SHAH ALAM, 25 Muharram 1445H, Sabtu – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tua selama empat penggal berturut-turut sejak mula bertanding di kawasan itu pada 2008.

Amirudin daripada Pakatan Harapan menang dengan majoriti 5,185 undi dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini, beliau memperoleh 19,678 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi dan calon Bebas Suman Gopal yang hanya meraih 430 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Amirudin mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 11,374 undi selepas meraih 17,446 undi mengalahkan N.Rawisandran (Barisan Nasional), Mohammad Ibrahim (PAS) dan Badrul Hisam Md Zin (Bebas). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button