Berita Utama
PRN: Aliran trafik masih lancar
Dua kemalangan di KM 40.1 arah selatan dan KM 434 arah utara

KUALA LUMPUR, 25 Muharam 1445H, Sabtu – Aliran trafik setakat 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata terdapat dua kemalangan di Kilometer (KM) 40.1 arah selatan iaitu dari Sedenak ke Kulai dan KM 434 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung namun keadaan trafik terkawal serta tiada lorong terhalang.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.