Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Negeri Sembilan umum cuti peristiwa Isnin ini

PH-BN berjaya bentuk kerajaan dengan 31 kerusi DUN

SEREMBAN, 26 Muharram 1445H, Ahad – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan, berikutan kejayaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

“Hari Isnin ialah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan calon kedua-dua gabungan itu, di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, selain ratusan penyokong yang bersama-sama meraikan kemenangan itu.

PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan PH memenangi 17 kerusi manakala BN 14 kerusi. Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi di negeri itu.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button