Dunia

COVID-19: Palestin rekod kes varian baharu EG.5

50 hingga 100 kes dilaporkan di Tebing Barat, Semenanjung Gaza

RAMALLAH, 27 Muharram 1445H, Isnin – Kementerian Kesihatan Palestin pada Ahad berkata, 50 hingga 100 kes varian baharu EG.5 COVID-19 dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.

“Terdapat beberapa kes pesakit dimasukkan ke hospital dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” kata Pengarah Kesihatan Kamal al-Shakhra.

Al-Shakhra berkata, mereka yang paling berisiko dijangkiti ialah warga emas dan yang menghidap penyakit kronik.

Jangkitan itu berlaku ketika cuti musim panas, katanya.

Beberapa hari lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai “varian yang menjadi perhatian”.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button