Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

‘Kekalahan BN beban bersama, Zahid tak perlu letak jawatan’

UMNO perlu kekal dalam kerajaan, dapatkan semula sokongan Melayu

BANGI, 27 Muharam 1445H, Isnin – Tindakan menuding jari dan mendesak Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan prestasi buruk parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekalahan teruk yang ditanggung BN ketika ini perlu ditanggung semua pihak, selain UMNO perlu berusaha untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

“Jangan menuding jari. Ia beban bersama. Mendesak Zahid letak jawatan bukan penyelesaian. Semua bertanggungjawab. UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu.

“Menteri-menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Serentak itu, Puad turut menasihatkan UMNO untuk terus kekal dan mengukuhkan perpaduan di dalam kerajaan campuran yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam kerajaan perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama.

“Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya.

Pada masa sama, beliau membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang meminta Presiden UMNO itu meletak jawatan susulan kekalahan teruk parti berkenaan pada PRN, Sabtu lalu.

“Muhyiddin angkuh bila suruh Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor, dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden Bersatu sedangkan dia kluster mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan berkata, kejayaan besar PN meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRN menandakan gabungan itu adalah wadah utama politik bangsa Melayu pada masa kini.

Justeru, beliau menggesa Anwar dan Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button