Berita UtamaDunia

Syria kurangkan subsidi petrol, tingkat gaji sektor awam

Kenaikan gaji 100 peratus bantu penduduk tangani kos sara hidup

DAMSYIK, 30 Muharam 1445H, Khamis – Syria sekali lagi menaikkan harga petrol dan produk petroleum lain, ketika kerajaan secara beransur-ansur menarik balik subsidi untuk meningkatkan kewangan awam dalam ekonomi yang tegang akibat perang selama sedekad, lapor Reuters.

Kerajaan mengumumkan kenaikan 100 peratus gaji dan pencen sektor awam untuk membantu penduduk menangani peningkatan kos sara hidup dan kesan pemotongan subsidi.

Disebabkan kerajaan l meningkatkan gaji sektor awam secara mendadak, pihaknya berdepan hiperinflasi yang terus meningkat dengan rekod susut nilai mata wang tempatan.

Para pegawai, sejak dua tahun kebelakangan ini mendakwa, pengurangan subsidi roti dan petrol secara berperingkat-peringkat dan penggantiannya dengan pengenalan sistem catuan kad pintar akan menambah baik rantaian bekalan yang korup dan membazir.

Mereka berkata, sistem catuan akan membantu golongan termiskin di negara di mana gaji dan subsidi menyumbang sebahagian besar daripada perbelanjaan negara.

Pakar ekonomi berkata, pihak berkuasa, yang tidak dapat mengekalkan subsidi yang tinggi, kini menghadapi tekanan yang semakin meningkat berikutan keadaan hidup yang semakin teruk.

Terdapat beberapa bantahan kecil bulan lalu berhubung kemerosotan ekonomi di kawasan pantai yang menjadi kubu kuat penyokong Presiden Bashar Al Assad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button