Berita UtamaDunia

Arab Saudi-China kerjasama projek perumahan bernilai lebih AS$1.33 bilion

Menteri jemput firma China melabur dalam sektor hartanah kerajaan

BEIJING, 1 Safar 1445H, Jumaat – Arab Saudi dan China menandatangani beberapa perjanjian perumahan dan infrastruktur berjumlah lebih AS$1.33 bilion, bagi meningkatkan hubungan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Pada Forum Perniagaan Saudi-China di Beijing, Menteri Perbandaran, Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan Arab Saudi, Majid bin Abdullah Al-Hogail menjemput firma China untuk melabur dalam sektor hartanah kerajaan.

Forum itu dilaporkan memberi tumpuan kepada peluang pelaburan antara Riyadh dan Beijing berkaitan infrastruktur bandar, perumahan, pembangunan hartanah dan pembiayaan.

Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA) milik kerajaan, entiti Arab Saudi dan China menandatangani 12 perjanjian di forum itu, berjumlah nilai pelaburan lebih AS$1.33 bilion. 

Walaupunu tidak mendedahkan nama syarikat terbabit, terdapat spekulasi salah seorang daripada mereka boleh menjadi konglomerat pelaburan milik negara China, CITIC. 

Ini berikutan, Majid telah bertemu dengan wakilnya di Beijing dan membincangkan pembinaan di Arab Saudi dan ‘teknologi perumahan hijau’.

Perjanjian itu dibuat selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Persidangan Perniagaan Arab-China pada bulan Jun di Riyadh, yang menghasilkan lebih AS$10 bilion dana dalam perjanjian. 

Saudi Aramco juga telah memperoleh pegangan AS$3.4 bilion dalam firma petrokimia China, Rongsheng Petrochemical Co. Ltd, bulan lalu, mengukuhkan lagi hubungan perniagaan dan ekonomi antara sekutu yang semakin meningkat itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button