Artikel Khas

PH-BN dan PN hentilah ‘berperang’, kasihani rakyat

Kerana sayangkan kuasa, jawatan mustahil mereka akan berundur

1. SAYA menyeru kedua-dua pihak (PHBN dan PN) berhentilah ‘berperang’ sekarang ni. Mulakan dari pimpinan dan kawal ahli-ahli di bawah. Negara dah rugi banyak dengan ‘peperangan’ antara dua gabungan ini. Dan kesan paling teruk nanti adalah masyarakat kita akan jadi masyarakat yang tidak produktif.

2. Suasana yang tidak pernah berlaku sebelum ini sekarang sudah berlaku. Orang negeri ini tak suka orang negeri itu dan begitulah nanti akan berlaku sebaliknya. Lidah sebahagian anggota masyarakat pun sudah mula terbiasa meluahkan makian.

Apa akan jadi kepada masyarakat kalau suasana ini tidak dihentikan? Adakah kita mahu generasi muda membesar di dalam suasana itu?

3. Dalam keadaan masyarakat disibukkan dengan ‘peperangan’ ini, tidak ramai pun yang sedar bahawa mengenai hari pendengaran semakan kehakiman 20 enakmen jenayah syariah. Coldplay dan yang seangkatan dengannya akan terus menanam budaya mereka di negara ini. Kesan dari The 1975 sudah mula dilupakan. Apa sebenarnya yang berlaku terhadap Ambalat pun kita tidak tahu. Kita akhirnya sudah jadi masyarakat tanpa agenda.

4. Kalau boleh dimulakan dengan ahli politik yang tak berwibawa dari kedua-dua pihak letak jawatan, saya ingin sangat mencadangkan demikian. Tapi mereka sayang jawatan dan kuasa yang memberikan pulangan kewangan dan pengaruh kepada mereka. Mustahil mereka akan berundur.

Mereka suka ‘peperangan’ ini berterusan begini. Pembentukan barisan kepimpinan negeri pun dibentuk nampaknya macam bentuk pasukan perang. Pembentukan semula barisan kepimpinan parti pun nampaknya disusun untuk berperang.

5. Saya nak cadang banyak-banyak pun rasanya mereka bukan nak dengar. Satu sahaja saya nak sebut … takutilah kematian kerana ia adalah satu yang pasti.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Perunding Kanan Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button