Berita Utama

Jangan jadi bodoh! Apa kaitan logo DAP-PH dalam replika cek kerajaan?

Pemuda UMNO desak penjelasan Kor Ming guna lambang politik

BANGI, 6 Safar 1445H, Rabu – Pemuda UMNO mendesak penjelasan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung isu peruntukan Kerajaan Pusat kepada beberapa sekolah yang memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh turut mempersoalkan kaitan penggunaan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) pada replika cek yang disampaikan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) itu.

“Kami mahukan penjelasan dari YB Menteri Nga Kor Ming. Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di ‘mock up cheque’ sumbangan tersebut? Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!” tegasnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, tular gambar majlis sumbangan cek kepada beberapa sekolah di Perak yang mencetuskan kritikan selepas lambang DAP dan PH dipaparkan bersama jata negara pada replika cek berkenaan.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut dilihat pada majlis penyerahan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button