Berita Utama

SPM 2023 mula 5 Disember hingga 7 Mac

Ujian Bertulis berlangsung dari 30 Januari hingga 7 Mac

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1445H, Khamis – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan berlangsung dari 5 Disember hingga 7 Mac tahun depan, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

SPM 2022 telah dijalankan dari 30 Januari hingga 15 Mac tahun ini.

Ujian Amali Sains akan diadakan dari 5 hingga 7 Disember, manakala Ujian Bertutur Bahasa Melayu bermula 8 hingga 11 Januari, kata kementerian itu dalam catatan Facebook pada Khamis (24 Ogos).

Ini akan diikuti dengan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris dari 17 hingga 23 Januari, dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu BM dan Bahasa Inggeris kedua-duanya pada 29 Januari.

Manakala Ujian Bertulis akan diadakan dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Kementerian juga berkata dalam menghasilkan jadual peperiksaan SPM 2023, ia telah mengambil kira bilangan hari persekolahan, serta cuti umum persekutuan dan negeri.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my.

Sementara itu, Penyata Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Dalam Talian di sppat.moe.gov.my bagi calon persendirian, dan akan diedarkan kepada calon sekolah kebangsaan oleh sekolah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-888 43785/3787/3411/3114 atau e-mel [email protected].

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button