Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Konsert TikTok: Desak penganjur batal, rupanya hanya tukar lokasi

Banyak pihak bantah kerana anggap tak peduli sensitiviti umat Islam

BANGI, 8 Safar 1445H, Jumaat – Walaupun banyak pihak membantah Konsert Viral Lagu TikTok di Pulau Pinang September depan, ternyata penganjuran acara hiburan itu masih tetap diteruskan di negeri berkenaan.

Ini selepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan bahawa penganjur bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan berikutan terdapat bantahan.

Memetik laporan media tempatan, beliau turut meminta pihak penganjur untuk berurusan dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan pihak penganjur pun telah bersetuju untuk pindah lokasi dan sekarang ini mereka boleh uruskan perkara tersebut dengan MBSP sebagai pihak yang mengeluarkan permit.

“Berkenaan tarikh saya tidak ada maklumat… ya konsert akan berpindah ke Stadium Batu Kawan,” katanya.

Sebelum ini, konsert berkenaan dijangka diadakan pada 30 September depan, namun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid meminta MBSP membatalkan kelulusan Konsert Viral Lagu TikTok yang dijadualkan berlangsung di Dewan Millineum Kepala Batas.

Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam berkata, konsert itu telah mendapat bantahan penduduk setempat yang dianggap tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, apatah lagi ia akan diadakan dua hari selepas sambutan Maulidur Rasul.

Malah, Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Situ Mastura Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar surat bantahan untuk pertimbangan membatalkan konsert terbabit yang didapati tidak bersesuaian diadakan di kawasaan berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button