Tarbiyah

Pimpin dunia bukan tunduk pada telunjuk kuasa lain

Semoga umat Islam terus berpegang pada agama Islam yang benar

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ ڪَلِمَةٍ۬ سَوَآءِۭ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡـًٔا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ (٦٤)

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.”

Surah Aali-‘Imran: 64

Penerangan: Dalam tafsir, ayat ini merupakan seruan tauhid kepada Raja Hercules, pemerintah kerajaan Rom. Rasulullah SAW ada menulis satu utusan yang mengajak Raja Hercules untuk kembali kepada fitrah iaitu Islam.

Jelas disini, orang Islam mestilah menjadi terkehadapan, memimpin dunia bukan tunduk kepada telunjuk kuasa lain lagi-lagi tunduk dengan ideologi humanisme yang sesat.

Semoga umat Islam terus berpegang kepada agama Islam yang benar dan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.

Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button