Tahanan politik di Penjara Jau Bahrain tolak konsesi kerajaan, terus mogok lapar
Bantahan akan diteruskan hingga kerajaan berjaya tangani kebimbangan

MANAMA, 15 Safar 1445H, Jumaat – Tahanan politik di Penjara Jau, Bahrain akan terus melakukan mogok lapar dan menolak konsesi kerajaan.
Pengarah Advokasi di Institut kepada hak dan Demokrasi, Sayed Alwadaei berkata, ketika ini kira-kira 800 banduan sedang melaksanakan mogok lapar di penjara berkenaan.
“Berdasarkan perbualan dengan banduan-banduan berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri menunjukkan mogok lapar akan berterusan sehingga pihak berkuasa berjaya menangani kebimbangan mereka dengan serius,” katanya.
Sayed Alwadaei berkata, sebelum ini banduan menuntut untuk menamatkan pengasingan terhadap beberapa banduan, kebenaran untuk mengadakan solat berjemaah, meminda peraturan lawatan dan akses kepada lebih banyak rawatan perubatan dan pendidikan.
Pada Isnin lalu, kementerian menyatakan ia merancang untuk menggandakan masa luar harian kepada dua jam, meningkatkan tempoh lawatan keluarga dan menyemak kadar panggilan telefon selepas mogok lapar bermula pada 7 Ogos lalu.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Bahrain juga menafikan 800 banduan yang terlibat sebaliknya menjelaskan hanya 121 banduan yang melakukan bantahan berkenaan.
Sementara itu, aktivis Kumpulan hak manusia, Maryam Al-Khawaja berkata, bapanya, Abdulhadi seorang tahanan di penjara berkenaan dikejarkan ke pusat rawatan rapi selama dua kali akibat mogok lapar.
Namun dia dinafikan hak untuk mendapat rawatan kardiologi bagi merawat masalah jantung yang dihadapi. – Agensi
Pautan berkaitan:
500 banduan Bahrain lancar mogok lapar, bantah sistem penjara