Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

DAP tegaskan tiada keperluan gugur agenda Negara Sekular, Malaysian Malaysia

‘Semua parti dalam gabungan buat perjanjian setuju tak sentuh prinsip, Perlembagaan masing-masing’

MUAR, 16 Safar 1445H, Sabtu – DAP menegaskan tiada keperluan partinya menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang digunakan berikutan persefahaman telah dicapai dalam gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional sebelum membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, semua parti telah membuat perjanjian sebelum kerajaan dibentuk dan bersetuju untuk tidak menyentuh prinsip dan Perlembagaan parti masing-masing.

“DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda Perlembagaan negara kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

“Presiden UMNO sendiri juga sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum Barisan Nasional bergabung dengan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Anthony berkata, isu berkenaan tidak wajar diungkit atau mencipta polemik yang mampu menjejaskan keyakinan rakyat.

“Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutamanya apabila membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Rabu lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysia Malaysian’ dalam Perlembagaan partinya jika mahu diterima orang Melayu di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menjelaskan tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu kepada DAP hari ini selain daripada meminda Perlembagaan parti itu sekali gus menggugurkan dua elemen berkenaan.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button