Israel keluarkan 2,200 perintah tahanan pentadbiran terhadap rakyat Palestin
Kebanyakan tahanan kini protes terhadap mahkamah tentera, lakukan mogok lapar

RAMALLAH, 16 Safar 1445H, Sabtu – Israel mengeluarkan lebih 2,200 perintah penahanan pentadbiran terhadap tahanan Palestin setakat tahun ini
Menurut Kelab Tahanan Palestin, daripada jumlah berkenaan lebih 70 banduan daripadanya meneruskan protes terhadap mahkamah tentera Israel.
Tahanan kini berdepan dengan jenayah tahanan pentadbiran yang digunakan oleh tentera negara haram itu untuk menahan rakyat Palestin dengan alasan mempunyai bukti rahsia terhadap banduan tersebut.
Jumlah tahanan pentadbiran kini mencecah lebih 1,200 termasuk 21 kanak-kanak dan tiga banduan wanita.
Menerusi kenyataan kelab tahanan, majoriti tahanan yang memboikot mahkamah adalah bekas banduan yang telah meringkuk beberapa tahun dalam penjara di bawah tahanan pentadbiran.
Malah, kebanyakan mereka kini sedang melakukan mogok lapar dan empat tahanan berkenaan, termasuk tiga ditahan dalam tahanan pentadbiran, iaitu Kayed Al-Fasfous, Sultan Khalouf, Abdul-Rahman Baraka dan Maher Al-Akhras.
Kesemua tahanan pentadbiran kebanyakannya ditempatkan di tiga penjara iaitu di Penjara Ofer, Penjara Negev dan Penjara Negiddo.
Tahun lalu mencatatkan jumlah tertinggi perintah penahanan pentadbiran dalam tempoh lima tahun lepas, dengan 2,409 orang. – Agensi