Berita Utama

Khaled tempelak Muhyiddin keluar fatwa haram undi calon PH

'Wah, dialah orang politik, dialah mufti'

BANGI, 17 Safar 1445H, Ahad – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan kenyataan yang mendakwa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September ini.

“Wah, dialah orang politik, dialah mufti.

“Lain kali Malaysia bukan sahaja tak payah pilihan raya, tak payah panggil Parlimen bersidang,” kata Naib Presiden UMNO itu menerusi akaun X (Twitter) hari ini.

Khaled berkata demikian mengulas satu video yang menunjukkan Muhyiddin ketika berucap dalam ceramah PRK Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru malam tadi melarang pengundi Parlimen Pulai untuk mengundi calon PH.

“Jangan bagi satu undi. Saya bagi hukum haram. Ada esok cabar saya ikut fatwa mana.

“Tak boleh (undi calon PH) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang…sembilan bulan sudah berlalu. Ujian.

“Macam soal kenaikan harga. Sebab itu waktu PRK kita tunjukkan kepada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim bahawa kami di Pulai akan tentang habis-habis Anwar Ibrahim,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button