Berita UtamaDunia

Tahanan Palestin rancang mogok lapar bantah sekatan melampau

Rejim Israel kurangkan hak lawatan kepada 2 bulan sekali

RAMALLAH, 18 Safar 1445H, Isnin – Tahanan Palestin di penjara negara haram Israel merancang untuk melancarkan mogok lapar pada 14 September ini sebagai membantah tindakan sekatan rejim Zionis terhadap mereka.

Justeru, Persatuan Tahanan Palestin mendesak pihak berkuasa penjara Israel membatalkan semua sekatan melampau yang disifatkan sebagai tidak adil.

“Tahanan mahu semua sekatan yang dikenakan terhadap mereka ditarik balik,” kata badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Jumaat lalu, Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir yang dipetik akhbar Yedioth Ahronorat berkata akan mengurangkan sesi lawatan tahanan Palestin dari Tebing Barat kepada dua bulan sekali.

Situasi tersebut memberi kesan kepada 1,600 tahanan Palestin.

Sehingga ini, kira-kira 5,100 rakyat Palestin ditahan di penjara-penjara di negara haram – termasuk 32 wanita, 165 kanak-kanak selain lebih 1,200 tahanan pentadbiran menurut data rasmi yang dikeluarkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button