
BAGHDAD, 18 Safar 1445H, Isnin – Pihak berkuasa Iraq menarik balik perintah berkurung yang dikenakan sehari sebelumnya di bandar Kirkuk, utara Iraq selepas situasi kembali pulih.
Bantahan dan pertempuran Sabtu lalu di Kirkuk melibatkan puak Kurdis, Arab dan Turkmen mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 20, termasuk beberapa anggota keselamatan, Saad al-Baiyati, seorang pegawai polis Kirkuk, memberitahu Xinhua.
“Keadaan keselamatan di wilayah itu kini stabil, manakala pasukan keselamatan dikerah ke jalan-jalan utama dan persimpangan,” kata al-Baiyati, sambil menambah bahawa penunjuk perasaan Arab dan Turkmen telah mengalihkan khemah mereka dan telah membuka jalan utama antara Kirkuk dan Erbil, ibu kota wilayah Kurdistan.
Pertempuran Sabtu itu adalah yang terbaharu dalam siri ketegangan antara Kurdis, Arab dan Turkmen di Kirkuk. – Bernama
Berita berkaitan: