Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KKM nafi terbabit syarikat produk ubat gigi ganoderna

Pandang serius iklan kait pengesahan produk dapat iktiraf kementerian

BANGI, 18 Safar 1445H, Isnin – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tidak pernah terbabit atau berkolaborasi dengan syarikat yang menjual produk ubat gigi ganoderna, seperti yang diiklankan dan tular di media sosial baru-baru ini.

KKM dalam kenyataan memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu serta mengelirukan berkaitan pengesahan produk kesihatan, yang kononnya mendapat pengiktirafan kementerian berkenaan.

Justeru, KKM menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang perkongsian maklumat itu, termasuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran perkhidmatan serta produk yang boleh menarik minat dan emosi dengan menyemak fakta di platform dipercayai.

Menurut kementerian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana mengedarkan maklumat palsu yang mengandungi salah faham serta kandungan tidak benar dengan tujuan tertentu demi kepentingan dan keuntungan semata-mata.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button