Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Russia serang pelabuhan Ukraine

Kremlin seolah sengaja cipta 'krisis makanan' dan kebulurun penduduk

ODESA, 19 Safar 1445H, Selasa – Tentera Russia didakwa menyerang kemudahan pelabuhan Ukraine berhampiran Sungai Danube yang digunakan untuk mengeksport makanan.

Serangan dilaporkan berlaku sehari sebelum lawatan Presiden Russia, Vladimir Putin yang dijangka membincangkan pemulihan perjanjian eksport bijirin Laut Hitam bersama Presiden Turkiye.

Tentera Udara Ukraine berkata, 25 dron digunakan dalam serangan berkenaan yang berlaku di wilayah Odesa.

Pembantu kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Kremlin sengaja mencipta “krisis makanan” dengan serangan kejam berkenaan.

“Pengganas Russia terus menyerang infrastruktur pelabuhan dengan harapan mereka dapat mencetuskan krisis makanan dan kebuluran di dunia,” kata Andriy Yermak.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Russia berkata, pihaknya menyasarkan kawasan kemudahan penyimpanan bahan api di pelabuhan Reni, Ukraine.

Tentera Russia juga menyerang sempadan negara anggota NATO, Romania dan mendapat teguran pantas daripada negara berkenaan.

Serentak itu, Kementerian Pertahanan Romania mengutuk serangan berkenaan sambil menyifatkan tindakan tersebut tidak bercanggah dengan peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button