Berita Utama

Apa pendirian PAN slogan ‘Malaysian Malaysia’?

Sentiasa senada dengan DAP, tidak pula dengan PKR?

BANGI, 20 Safar 1445H, Rabu – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tertanya-tanya pendirian Parti Amanah Negara (PAN) mengenai slogan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP.

Ini kerana parti itu dilihat senada dengan DAP yang menggesa Peguam Negara memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

“Amanah tentunya sentiasa senada dengan DAP! Tidak pula senada dengan PKR?

“Malaysian Malaysia, bagaimana pula?

“Kesamarataan dalam keadilan? Layanan sama seperti Lim Guan Eng kan. Atau DAP lagi tinggi darjat mereka?” soalnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Selain daripada PAN, DAP terlebih dahulu meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberikan penjelasan terbuka berkenaan keputusan mahkamah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button