Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Dr Mazri mahu banyak rumah mampu milik di Simpang Jeram

Masalah banjir, keperluan aktiviti sukan antara isu jadi tumpuan

MUAR, 20 Safar 1445H, Rabu – Calon Perikatan Nasional (PN) Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya berhasrat menyediakan perancangan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik, kompleks sukan dan menangani masalah banjir di kawasan tersebut.

Beliau dalam janji manifestonya juga menyatakan akan sering menganjurkan sesi dialog dan membantu rakyat setempat.

“Antara masalah yang dialami pengundi Simpang Jeram dalam menangani masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan tertentu.

“Justeru, saya mahu mengadakan sesi dialog dengan mereka yang terjejas dan pihak berkenaan bagi mengelak kejadian sebegitu kerap berlaku.

“Saya juga akan mengatur pertemuan dengan Syarikat Air Johor untuk membangunkan sistem pemantauan yang telus bagi penjadualan penggantian atau pembaikan paip,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Mohd Mazri berkata, beliau juga komited untuk berdialog dengan persatuan belia dan kumpulan sukan bagi menangani keperluan aktiviti sukan dan rekreasi.

“Saya mahu mengadakan sesi dialog dengan jabatan berkaitan untuk membangunkan rancangan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Saya juga akan mempromosikan pelaburan daripada pemaju perumahan yang menggunakan kaedah pembinaan inovatif bagi mempercepatkan pengeluaran rumah mampu milik,” katanya.

Dr Mohd Mazri bertanding tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan Nazri Abdul Rahman dan calon bebas S. Jeganathan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button