Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Hamzah disebut-sebut bakal ganti Muhyiddin terajui Bersatu

6 pemimpin penuhi syarat tanding lima jawatan tertinggi parti

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1445H, Rabu – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipercayai antara pencabar utama jawatan tertinggi parti itu, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan akan datang.

Menurut sumber parti itu, Muhyiddin kemungkinan berundur daripada bertanding sebarang jawatan dan hasrat itu juga sudah lama dimaklumkan kepada kepimpinan Bersatu.

Sumber itu mendakwa, Hamzah mendapat sokongan padu daripada ahli Bersatu untuk menerajui parti berkenaan.

Dakwanya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga dijangka mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Bersatu kerana beliau tidak mempunyai pengaruh yang mencukupi untuk mencabar Hamzah.

“Bertanding jawatan tertinggi mungkin menjadi bumerang kepada Faizal kerana reputasinya dalam parti terjejas selepas menerajui Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.

“Sebagai perbandingan, Hamzah telah membuktikan kredibiliti dan memegang beberapa jawatan, termasuk sebagai Ahli Parlimen Larut, ketua pembangkang, serta Setiausaha Agung Bersatu dan PN,” dakwa sumber seperti dilapor portal berita FMT.

Sumber itu mendakwa, mengikut perlembagaan parti, hanya ahli yang telah berkhidmat dalam Majlis Tertinggi selama dua penggal penuh boleh bertanding lima jawatan tertinggi parti.

Dakwanya, Hamzah, Faizal Azumu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Seri Radzi Jidin memenuhi syarat itu.

Bagaimanapun, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Azmin Ali tidak layak bertanding kerana hanya dilantik ke jawatan MPT dan bukannya melalui pemilihan parti, kecuali jika perlembagaan Bersatu dipinda.

Mei lalu, Bersatu menangguhkan pemilihan Majlis Tertingginya dan pelbagai bahagian parti sehingga 18 bulan untuk memberi tumpuan kepada enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, penangguhan itu tidak terpakai kepada pemilihan cawangan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button