Berita Utama

Kelantan rekod 50 kematian akibat penyakit tibi

Kebanyakan pesakit babit golongan dewasa usia 55 hingga 64 tahun

KUALA KRAI, 20 Safar 1445H, Rabu – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan 50 kematian daripada 666 kes penyakit tibi yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kebanyakan pesakit tibi di Kelantan melibatkan golongan dewasa berusia 55 hingga 64 tahun.

“Ia (penyakit tibi) turut melibatkan pesakit kanak-kanak iaitu sekitar 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Peringkat Negeri Kelantan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata jumlah 666 kes yang direkodkan itu menunjukkan trend peningkatan berbanding 1,074 kes yang direkodkan sepanjang tahun lepas. (12 bulan).

Beliau berkata, peningkatan berlaku berikutan ada pesakit yang mengambil mudah dengan lewat mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Paling ketara apabila ada sesetengah pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sempurna kerana tempoh merawat tibi adalah lama.

“Pesakit tibi yang berakhir dengan kematian biasanya mempunyai penyakit lain seperti jantung, diabetes dan sebagainya, selain penyakit itu sendiri sudah diperingkat kronik,” katanya.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button