Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kelantan umum bayaran khas RM300 pada penjawat awam, pesara

Kerajaan negeri bakal lantik ahli lembaga pengarah pakar dalam industri bekalan air

KOTA BHARU, 21 Safar 1445H, Khamis – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan negeri pada tahun ini.

Tanpa menyatakan tarikh tepat, Menteri Besarnya, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bantuan khas itu turut diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penyelaras DUN dan guru-guru agama.

“Kerajaan negeri bersetuju mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan penjawat awam dan pesara kerajaan negeri Kelantan bagi 2023 sebanyak RM300.

“Penghargaan ini juga turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, guru-guru, penyelaras DUN, guru pondok, guru al-Quran, guru fardhu ain,” katanya dalam majlis amanat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu.

Pada majlis berkenaan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meranti itu turut mengumumkan tujuh komitmen kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari pentadbiran.

Antara yang diberikan tumpuan termasuklah mewujudkan pasukan petugas khas air Kelantan ke arah penjenamaan semula Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pihaknya akan melantik ahli lembaga pengarah yang pakar dalam industri bekalan air, serta memperkasa sistem korporat, penyampaian maklumat dan aduan AKSB.

Selain itu, beliau berkata, Invest Kelantan akan diberi peranan lebih besar sebagai pusat sehenti bagi memberi khidmat nasihat pelaburan, mempromosi dan memudahcara pelaburan di Kelantan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button