Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Peluru berpandu Russia serang pasar di Ukraine, korbankan 17 penduduk

Serangan dilakukan selepas Setiausaha AS tiba di Ukraine

DONETSK, 21 Safar 1445H, Khamis – Kira-kira 17 terkorban termasuk seorang kanak-kanak selepas peluru berpandu Russia menyasarkan sebuah pasar yang sesak di sebuah bandar di wilayah timur Ukraine.

Serangan berkenaan boleh dianggap terburuk dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal menyifatkan tentera Russia sebagai pengganas yang tidak boleh dimaafkan.

“Akan ada pembalasan terhadap segala perbuatan yang telah dilakukan selama ini,” katanya.

Peluru berpandu Russia kerap melanda kawasan awam namun jumlah kali ini adalah luar biasa.

Satu rakaman video berkaitan serangan dikongsikan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menunjukkan orang awam berjalan di sekitar pasar sebelum serangan peluru berpandu Russia petang semalam.

Selain itu, terdapat video memaparkan letupan besar di tengah jalan raya yang sibuk menyebabkan kaca bangunan bertaburan dan orang awam melarikan diri.

Zelenskyy menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Serangan berkenaan dilancarkan hanya beberapa jam selepas Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di Kyiv dalam lawatan ketiga ke negara itu selepas pencerobohan Russia-Ukraine.

Blinken dijadualkan bertemu dengan Zelensky bagi membincangkan usaha Ukraine mendapatkan semula tanah di sekitar Bakhmut, yang terletak di sebelah timur Kostiantynivka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button