Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRK: Cuaca diramal hujan lebat pada hari mengundi

Pulai hujan di sebelah pagi, ribut petir petang: MetMalaysia

BANGI, 21 Safar 1445H, Khamis – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi dan ribut petir pada petang di Pulai.

Sementara, di Simpang Jeram, hujan turut diramal berlaku pada pagi, dan dijangka mendung di sebelah petang.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Amanah tersebut adalah penyandang kedua-dua kerusi berkenaan buat kali kedua, yang juga satu-satunya kerusi Amanah di Johor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button