Dunia

Taufan badai selatan Brazil, ragut 39 nyawa

Gabenor isytihar bencana awam, batal perarakan merdeka

RIO DE JENEIRO, 22 Safar 1445H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 39 orang maut dan sembilan lagi masih hilang selepas taufan membadai negeri di selatan Brazil, Rio Grane do Sul, menurut pihak berkuasa tempatan.

Jumlah mangsa yang belum diambil kira adalah dari bandar kecil Mucum, salah satu kawasan paling teruk dilanda banjir dengan 14 kematian dilaporkan.

Sementara bandar-bandar berdekatan seperti Roca Sales dan Cruzeiro do Sul juga mencatatkan banyak korban.

Gabenor Eduardo Leite mengisytiharkan keadaan bencana awam dan membatalkan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Brazil di seluruh negeri, pada Khamis.

“Kita telah melancarkan kerja menyelamat mangsa dan membina semula segala yang musnah akibat ribut,” kata Leite di rangkaian media sosial X.

Menurut kerajaan Rio Grande do Sul, hujan lebat yang disebabkan taufan luar tropika telah menjejaskan 80 bandar dan menyebabkan lebih 2,300 orang hilang tempat tinggal.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang dijangka ke India untuk sidang kemuncak G20 berkata, kerajaan Persekutuan menyokong sepenuhnya wilayah terjejas dan bersiap sedia menghantar Naib Presiden, Geraldo Alckmin untuk membantu di sana.

Terdahulu, badan bebas ramalan cuaca, MetSul memberi amaran Rio Grande do Sul dijangka menerima lebih banyak hujan lebat pada Khamis dan Jumaat.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button