Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PH menang di Parlimen Pulai dengan majoriti selesa

Suhaizan jadi MP pertama wakili Kerajaan Perpaduan dibentuk PH-BN

JOHOR BAHRU, 23 Safar 1445H, Sabtu – Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi, sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kawasan yang dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Pulai Miswan Yunus pada 10.09 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini malam ini.

Suhaizan, yang bertanding buat kali ketujuh dalam pilihan raya, memperoleh 48,283 undi bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi yang masing-masing mendapat 29,642 undi serta 528 undi.

Keputusan itu turut menyaksikan Samsudin terpaksa berputih mata apabila hilang wang deposit.

Kemenangan itu menyaksikan Suhaizan menjadi Ahli Parlimen pertama mewakili Kerajaan Perpaduan yang dibentuk menerusi dukungan gabungan PH-Barisan Nasional (BN).- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button