Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tun M rayu ahli UMNO tinggalkan parti

Perjuangan UMNO hanya untuk selamatkan Zahid

BANGI, 23 Safar 1445H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta ahli UMNO untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saki baki orang UMNO, tinggalkanlah UMNO…Bukan UMNO lagi dah. Sokong PN.

“Saya yakin kalau PN menang, bukan saja nasib orang Melayu terbela, tetapi jua orang Cina dan India,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Dakwanya, perjuangan UMNO kini bukan lagi untuk orang Melayu sebaliknya lebih terarah kepada Presiden UMNO, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“UMNO dulu begitu gah dan kuat di mata orang Melayu, namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN), lihatlah berapa kerusi yang parti ini dapat. Cukup menyedihkan.

“UMNO sekarang bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara, tapi hanya untuk selamatkan Zahid Hamidi.

“Perjuangan UMNO sekarang hanya nak lepaskan Zahid sahaja. Zahid kata saya nak hancurkan UMNO, tapi yang hancurkan UMNO adalah pemimpinnya sendiri, iaitu Zahid,” katanya.

Dr Mahathir pernah keluar UMNO pada 2008 – yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 – kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bagaimanapun menyertai semula UMNO pada 2009.

Pada 2016, Dr Mahathir sekali lagi mengumumkan keluar daripada UMNO sebagai protes terhadap kepemimpinan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button