Berita UtamaDunia

[KEMASKINI] Korban gempa bumi dahsyat Maghribi sudah cecah 2,000

Algeria buka ruang udara untuk hantar bantuan kemanusiaan

MARRAKESH, 24 Safar 1445H, Ahad – Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di Maghribi meningkat kepada lebih 2,000 orang.

Menteri Dalam Negeri berkata, lebih 1,400 mengalami kecederaan serius dan kawasan yang paling teruk terkesan adalah di Marrakesh, selatan negara itu.

Sultan Muhammad VI mengumumkan tiga hari sebagai tempoh berkabung dan mengarahkan bantuan perlindungan, makanan dan bantuan lain diberikan kepada mangsa yang terselamat.

Bendera akan dipasang separuh tiang di semua bangunan awam di negara itu untuk tiga hari akan datang, kata istana diraja dalam kenyataan.

Malah kebanyakan penduduk terpaksa menghabiskan malam di kawasan terbuka susulan kejadian gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Marrakesh dan beberapa bandar lewat Jumaat lalu, manakala di kawasan pergunungan terpencil dilaporkan terjejas teruk.

Pusat gempa dilaporkan berlaku di Pergunungan Atlas Tinggi, kira-kira 71 kilometer (44 batu) barat daya Marrakesh – sebuah bandar berstatus warisan dunia yang popular dalam kalangan pelancong.

Tetapi gegaran turut dirasai di ibu negara Rabat, kira-kira 350km, serta Casablanca, Agadir dan Essaouira.

Ia merupakan gempa bumi paling dahsyat di Maghribi sejak kejadian gempa yang berlaku pada 1960, mengorbankan lebih 12,000 nyawa.

Sehingga kini, wilayah Al Haouz dilaporkan paling ramai terkesan dengan kematian yang ramai diikuti wilayah Taroudant.

Negara jiran, Algeria yang mempunyai hubungan tegang dengan Magribi, kini membuka ruang udara bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Magribi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button