Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Turkiye setuju proses sejuta tan metrik bijirin ke Afrika

Inisiatif dilakukan bukan menggantikan perjanjian bijirin Laut Hitam

MOSCOW, 24 Safar 1445H, Ahad – Turkiye bersetuju mengendalikan satu juta tan metrik bijirin ke Afrika seperti yang dirancang Russia dengan menggunakan harga diskaun hasil sokongan kewangan daripada Qatar.

Moscow membuat perancangan berkenaan selepas pemberhentian penjanjian bijirin Laut Hitam Julai lalu, yang membenarkan Ukraine menghantar bijirin dengan selamat sebagai alternatif membendung lonjakan harga makanan global.

Timbalan Menteri Luar Russia, Alexander Grushko berkata, pihaknya menjangkakan penghantaran berlaku dalam masa terdekat dan akan menjalinkan hubungan kerja dengan semua pihak.

Isnin lalu, selepas perbincangan dengan Presiden Turkiye di Sochi, Vladimir Putin berkata, Russia akan membuat penghantaran satu juta metrik tan bijirin ke Turkiye untuk diproses sebelum menghantar ke negara-negara miskin di Afrika secara percuma.

Malah, Qatar juga akan terbabit secara langsung dalam inisiatif berkenaan.

Bagaimanapun, Putin menegaskan pelan yang dilakukan bukan penggantian inisiatif kepada perjanjian bijirin Laut Hitam.

“Inisiatif ini bukan pengganti kepada perjanjian lama, tetapi ia merupakan sumbangan besar di pihak kami kepada negara-negara miskin,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button